widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, September 6, 2010

TOK GURU NIK AZIZ



Nik Aziz tempelak pihak hina Islam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap segelintir rakyat yang menyalahgunakan teknologi seperti Facebook untuk memburukkan nama Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, teknologi adalah satu keperluan, namun ia tidak harus digunakan untuk menyakiti hati dan perasaan orang lain khususnya mana-mana agama.

“Sama ada Facebook atau mana-mana wartawan tak boleh salah guna, kerana kita menumpang di bumi Allah. Kita tidak boleh rogol , tipu dan samun, sama juga media massa tidak boleh pandai-pandai guna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyampaikan bantuan Hari Raya dari syarikat pakaian Hari-Hari kepada kanak-kanak miskin di sini, semalam.

Sebelum akhbar melaporkan terdapat segelintir individu di negara ini yang menggunakan Facebook dan Youtube dengan mengkritik agama Islam sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyifatkan isu kemasukan orang bukan Islam di masjid hanya dipolitikkan pihak tertentu sedangkan perkara itu sudah lama berlaku dan tidak pernah dibangkitkan sebelum Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching bertindak sedemikian.

Beliau memberi contoh terdapat pembinaan masjid di Negeri Kelantan dibiayai oleh orang bukan Islam, tetapi ia tidak pernah dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Ini (kemasukan orang bukan Islam ke dalam Masjid) bukan benda baru, masjid di Kelantan ini semuanya dibuat orang Cina, masjid Kota Bharu orang cina buat, sehingga bahagian mimbar, kenapa tidak bising?, kerana ia tidak ada kepentingan politik.

“Selain itu masjid (pasar) Siti Khadijah orang Cina bagi besi, bagi duit tetapi tak ada orang sibuk kerana orang Kelantan faham benda ni,” katanya.

sumber : sinar harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.