widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Saturday, September 18, 2010

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 (PRU-13)

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung tawaran kepada beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Nik Abdul Aziz berkata, sebelum ini pun beliau tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding sebaliknya hanya menerima tawaran itu apabila ada pencalonan yang dibuat ke atas dirinya.

“Saya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecuali pertama kali ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)-Pas, pada 1974.

“Saya berserah (pencalonan) kepada parti, sekiranya ada pencalonan saya terima. Walaupun saya dilihat agak uzur tetapi otak saya masih baik,” katanya kepada pemberita pada sesi dialog Menteri Besar Kelantan bersama Rakan Media di sini, malam semalam ketika diminta mengulas wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau akan berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengakui sudah lama berkhidmat di dalam parti dan semakin uzur.

sumber : sinar harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.