widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, September 22, 2010

TERTEMBAK SENDIRI


MACHANG – Seorang pemandu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan maut setelah tertembak diri sendiri dari senapang patah yang dipegangnya ketika berada di atas mesin penuai padi di Kampung Bukit, Ulu Sat, di sini semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Omar Mohd. Noor, 39, dipercayai berada di atas mesin penuai yang bergerak tersebut bagi menembak burung ‘ayaman’ yang terbang ketika kerja-kerja menuai dijalankan.

Isterinya, Rohani Shafie, 37 berkata, dia tidak mengetahui dengan tepat mengenai kejadian tersebut cuma diberitahu mangsa meninggal dunia akibat tertembak diri sendiri ketika menembak burung di atas mesin penuai.

Katanya, senapang tersebut mungkin disandarkan ke jentera tersebut ataupun ke badan arwah sebelum kejadian tersebut.

“Saya percaya getaran mesin tersebut menyebabkan senapang itu tertembak mangsa secara tidak sengaja dan terkena bahagian perut.

“Kira-kira jam 9 , arwah menghantar saya dan anak ke Klinik Banggol Judah kemudiannya mengambil saya kira-kira jam 11 lagi. Selepas itu dia memberitahu saya ingin keluar menembak burung dan selepas Zohor, saya dimaklumkan penduduk, arwah tertembak diri sendiri dan dihantar ke Hospital Machang,’’ katanya yang kini mengandung tujuh bulan.

Allahyarham mempunyai empat orang anak yang berusia antara dua hingga 11 tahun dengan tiga perempuan dan seorang lelaki.

Rohani berkata, arwah berkelakuan biasa dan tidak menunjukkan perilaku pelik cuma memaklumkan kepadanya tidak perlu menggosok baju kerjanya, malam semalam.

Katanya, arwah pernah memberitahunya ingin membeli baju Melayu berwarna putih sebagai baju raya.

“Namun saya melarangnya dengan memberitahu baju putih tak cantik tetapi dia kata boleh guna untuk pergi kerja.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan secepat mungkin dan dijangka pada malam ini (semalam) di Tanah Perkuburan Kampung Ulu Sat dekat sini,’’ katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Ibu saudara arwah yang dikenali sebagai Mak Ngah berkata, arwah kelihatan letih dan lesu ketika berkunjung ke rumahnya kelmarin.

Katanya, arwah juga membasuh sendiri pinggan dan gelas yang digunakannya sebelum pulang.

“Pada mulanya kami ingat arwah diserang penyakit jantung apabila rebah secara tiba-tiba maklumlah bunyi jentera itu agak kuat dan menenggelamkan bunyi tembakan. Lagipun arwah mempunyai penyakit tersebut,’’ katanya.

sumber : sinar harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.