widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Friday, September 17, 2010

KELANTAN RANKING KE DUA..hebat..hebat..


KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan kes demam denggi kedua tertinggi selepas Selangor sehingga September ini iaitu 2,531 kes berbanding hanya 1,658 kes bagi tempoh sama tahun lalu manakala jumlah kematian direkodkan sembilan kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada tahun lalu hanya satu kematian dicatatkan di Kelantan dan pihaknya mendapati wabak denggi menunjukkan peningkatan 190 peratus di negeri ini.

“Pasir Mas mencatatkan kadar peningkatan tertinggi sebanyak 529 peratus (629 kes) diikuti Tanah Merah (276 peratus), Kota Bharu (216 peratus atau 888 kes) dan Tumpat (212 peratus).

“Sebahagian penghidap denggi di negeri ini adalah penduduk luar bandar. Bagi tempoh empat minggu terakhir ini sahaja antara 200 hingga 300 kes denggi direkodkan setiap minggu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada majlis gotong-royong bersama penduduk di Kampung Baru Penambang di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Kamil Hassan dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Dali Hussin.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Kelantan mengalami kesukaran merawat pesakit kerana kebanyakan mereka tidak berjumpa doktor sebaik sahaja mengalami demam panas.”Daripada jumlah kes ini, hanya 46.5 peratus sahaja pesakit yang didiagnos dalam masa tiga hari selepas mereka mengalami gejala demam denggi kerana kelewatan,” katanya.

Tiong Lai berkata, sampah sarap yang tidak diurus menjadi punca masalah utama peningkatan itu malah hasil penyelidikan menunjukkan indeks pembiakan nyamuk aedes di kawasan sampah sarap di Kelantan sebanyak lapan peratus.Katanya, peratusan tersebut terlalu tinggi berbanding maksimum satu peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

sumber : sinar harian

HEBATNYA NEGARIKU.. kedudukan no.dua dalam bahagian menternak nyamuk aedes..bukan apa sebenarnya...
Negeri Kelantan nie ada banyak lagi suasana kampung..susah sikit nak masuk hutan untuk padamkan nyamuk aedes nie...suasana kampung tidak sama dengan suasana bandar...bandar hanya boleh padamkan nyamuk depan dan belakang rumah je...kalu kampung..kena semua buat..iaitu depan,belakang,bawah rumah,dapur kayu dan banyak lagi..tu susah sikit kan..

BETUL TAK BAGI SAPA DUK KAT KAMPUNG...rumah pun dikelilingin hutan je...kedudukan rumah pun jauh daru jiran kan..tu la amat susah sikit kan...

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.