widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, September 21, 2010

SELUDUP BERAS

TUMPAT- Sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor merampas 36,486 kilogram beras bernilai RM118,089 yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, DSP Tan Cheng San berkata, rampasan dibuat menerusi 70 kes rampasan sehingga September tahun ini yang turut menyaksikan penahanan kereta dan bot enjin galah yang digunakan dalam cubaan menyeludup ini dirampas.

Menurutnya, kes terbaru membabitkan rampasan beras sebanyak 500 kilogram bernilai RM1500 yang cuba diseludup masuk ke negara ini menggunakan bot enjin galah di pangkalan haram Pisau Raut, Kuala Jambu Kelmarin.

“Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, anggota PGM terserempak dengan sebuah bot enjin galah yang tidak bernombor cuba merapatkan ke tebing pangkalan haram tersebut.

“Menyedari kehadiran� anggota PGM, dua penyeludup yang sedang berada di dalam bot tersebut melarikan diri ke darat,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut, menemui 10 kampit beras seberat 50 kilogram dan beras bersama bot tersebut dengan nilai rampasan� keseluruhan berjumlah RM3500 dibawa ke markas PGM sebelum diserahkan kepada Unit Kawal Selia Padi dan Beras Negara untuk tindakan lanjut.

Tan berkata, sehingga bulan September juga, lain-lain barangan termasuk kain tudung, pakaian, barang-barang ekonomi dan minyak petrol, diesel, binatang, perikanan turut dirampas bernilai RM1,442,124 membabitkan 283 kes keseluruhannya termasuk kes rampasan beras.

sumber : sinar harian

Antara jarak negeri thailand dan kelantan sangat dekat..
itu la beras thailand sentiasa ada sebutan di kelantan...
nie pasa seludup beras kan...
aku crita masa tahun 1997..aku pernah ikut kawan aku ke thailangd untuk beli
beras...kat sana harga beras thailand murah je..sekarang dah mahal dalam satu guni dalam RM 90.....aku ikut kawan aku ke sana sebab dia nie penjual dan penyeludup beras di kawasa kampung aku la...sebab pemintaan beras thai di kawasan kampung memang ramai...
selepas beli je...aku naik bot lanun ke sempadan malaysia untuk dibawa ke kampung...
kau tahu aku bawa beras tu naik apa bali ke kampung? anak motor tu...penuh motor denganberas..depan dan belakang...aku pun duduk atas beras je naik motor...
itu lah pengalaman aku masa ikut dengan geng seludup....

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.