widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, September 6, 2010

DIN BERAMBOI



AL-FATIHAH KEPADA RAJA LAWAK MALAYSIA


Ramadan dan Syawal kali ini menyimpan seribu kenangan buat keluarga pelakon dan pelawak Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan gelaran Din Beramboi.

Balu kepada Allahyarham, Suhaini Che’Man mengakui arwah suaminya merupakan individu yang paling mengambil berat kebajikan mereka sekeluarga pada bulan Ramadan dan Syawal.

Suhaini berkata, bukan dia seorang sahaja yang merasa perbezaan itu, bahkan tiga anaknya Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq Ar Ridhwan, 12, dan Nir Ain Syuhadah, 6, turut merasa kehilangan arwah.

Malah kenangan ketika Ramadan lalu masih segar dalam ingatan memandang arwah sentiasa meluangkan masa berbuka puasa bersama.

“Arwah sentiasa mengutamakan keluarga pada bulan puasa. Dia selalu berbuka bersama kami kecuali membabitkan majlis penting. Kadang kala dia meminta kami menemaninya ke majlis berbuka supaya dapat meluangkan masa bersama.

“Sekiranya jemputan itu amat penting dan tidak dapat ditolak, arwah akan membawa kami sekeluarga ke pasar raya yang terletak berdekatan. Lepas itu, dia akan menyertai kami setelah majlis selesai.

“Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, dia tetap meluangkan masa bersama keluarga. Dia juga paling bertungkus-lumus menentukan menu untuk berbuka puasa. Ketika hayatnya dia suka memasak makanan kampung.

“Begitu juga ketika raya, dia sering menjadi penghibur kepada keluarga. Dia sibuk membeli bunga api kononnya untuk anak-anak bermain, sebaliknya dia yang beria-ia bermain. Alasannya budak-budak tak boleh main mercun kerana bahaya,” imbau Suhaini ketika ditemui di sesi rakaman Ramadan Era TV1 Malaysia di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apabila ditanya tentang penerimaan anak-anak setelah ketiadaan arwah, Suhaini berkata dia dan anak-anak sering menziarah pusara arwah yang terletak berhampiran kediaman mereka.

Namun kerinduan si bongsu pada ayahnya dapat dilihat kerana sejak kebelakangan ini dia sering melukis gambar arwah.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perancangannya untuk bekerja semula, Suhaini berkata dia memang mahu bekerja namun pesanan arwah untuk memberi tumpuan terhadap anak-anak tetap menjadi pegangannya. Selepas berhenti kerja tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan kepada rumah tangga.

“Sebelum ini, saya pernah membuat kuih raya dan hamper untuk arwah kerana mahu memberi kepada kawan-kawanya. Namun setelah ketiadaannya saya lebih senang menjadikan jualan hamper sebagai salah satu sumber pendapatan,” katanya yang berhasrat untuk berniaga bagi mencari nafkah.

Din Beramboi, bekas penyampai Era FM dan juri tetap Raja Lawak 4, meninggal dunia pada 2 April lalu kerana demam denggi.

sumber : sinar harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.