widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, September 7, 2010

KETUA POLIS NEGARA KECEWA


BAGUS NYA
KUALA LUMPUR – “Saya pernah berasa terkilan serta kecewa apabila banyak tekanan diterima daripada pihak ketiga yang campur tangan dengan memberi arahan kepada anggota bawahan saya dalam melaksanakan sesuatu siasatan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menceritakan pengalamannya selama empat tahun memegang jawatan sebagai tonggak keselamatan negara pada sidang akhbar di Ibu pejabatnya di Bukit Aman, semalam.

Beliau berkata, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana percanggahan arahan boleh menyukarkan lagi tugas yang dijalankan.

“Tindakan ini adalah salah kerana ia tidak selari dengan arahan serta garis panduan yang sudah ditetapkan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, kita (polis) tidak mahu orang-orang ini (pihak ketiga) beri arahan yang salah kepada anggota dan pegawai kita. Hanya Ketua Polis Negara dan pegawai kanan polis berhak memberi arahan kepada anggotanya,”katanya semalam.

Ketika diminta mengulas berhubung pihak ketiga yang dimaksudkan, Musa mendedahkan pihak yang dimaksudkan terdiri daripada pihak kementerian, orang berkepentingan termasuk orang luar yang sengaja campur tangan untuk tujuan yang tidak betul.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu beliau hanya dimaklumkan kerajaan berhubung kontrak perkhidmatannya berakhir pada 12 September ini, dalam majlis sidang media pada Rabu lalu.

sumber : sinar harian

ambo suka yang stetment ini..kerana menjadi orang atasan ini memang banyak duga...
tambahan pula kalu dia memegang jawatan yang memang sangat penting dalam kerajaan ataupun kementerian..
contoh kementerian yang sentiasa orang baik PUNYA ialah seperti kementerian yang mengeluarkan pinjaman perniagaan, kastam,JPJ,Polis dan banyak lagi...CABARAN HEBAT BEB...
tapi kita kena bijak nak ikut rentak diaorang nie...diaorang nie suka guna kita untuk kepentingan je...last skali dia kenakan kita balik...opp...
cerita pasal lain la pulak..
ini pasal Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan MEMANG SUKA DIA dan aku cintai (isteri aku je)..
dedahan ini dapat memberi pengajaran kepada mana-mana yang terasa membuat kesilapan itu dan berguna bagi menjaga keamanan negara pada masa akan datang...

SYABAS TAN SRI..AKU SOKONG 100%

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.