widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Sunday, September 5, 2010

KEAMANAN PERLU DIJAGA

* SENANG sahaja Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia, atau Bendera, di Jakarta mendesak warga Indonesia yang kini berada di Malaysia supaya pulang, dan hubungan diplomatik kedua negara segera diputuskan.

Mujurlah rakyat mereka yang mencari rezeki halal di sini tidak gila seperti kumpulan penunjuk perasaan upahan. Ada yang kata penunjuk perasaan itu diupah hanya dengan sebungkus nasi atau semangkuk bakso.

Mujur lagi sebab betapa pun diapi-apikan dengan tindakan dan kata-kata tidak berhemah (sila baca kurang ajar), kerajaan dan rakyat di negara ini masih bernada amat toleran. Kita tidak terikut-ikut bodoh untuk menjerit tidak tentu hala. Kita masih bermaruah.

Bendera kita dipijak, dikoyak dan dibakar. Kedutaan kita di lempar najis dan dikepung penunjuk perasaan. Rakyat kita di Indonesia diancam. Tetapi setakat ini kita tidak hilang akal dengan taktik agresif seperti itu.

Eloknya kita jangan layan jeritan-jeritan jalanan itu, dan jangan sekali-sekali tunduk pada desakan mereka. Sama seperti Indonesia dengan lebih 17,000 pulau yang dimegahkan Bendera itu, kita pun negara bermaruah dan berdaulat. Malah, kita ada kelebihan: rakyat kita tidak gila.

* MENJERIT dari Jakarta tanpa datang ke sini untuk melihat kenyataan, Bendera sebenarnya tidak ubah seperti anjing menyalak bukit. Rakyatnya di negara ini pasti tidak akan melayan salakan kering seperti itu.

Seperti yang dinyatakan oleh pekerja di sini yang ditemui media, mereka tidak akan pulang ke negara asal hanya kerana gesaan penunjuk perasaan murahan. Hakikatnya ialah mereka berasa lebih selesa, lebih selamat, dan lebih kenyang di sini.

Pasti Bendera dan kumpulan-kumpulan pendesak lain di Indonesia tentu tahu berapa ramai rakyat mereka yang tumpang mencari rezeki di Malaysia. Sekiranya mereka tidak tahu, eloklah sedar bahawa jumlah tenaga kerja Indonesia di negara ini sekarang ialah dua juta.

Dua juta itu adalah mereka yang masuk secara sah. Ada dua juta lagi yang masuk secara haram dan dari semasa ke semasa diburu oleh pihak berkuasa di sini. Walaupun diburu, mereka tetap memilih negara ini, sebab ada jaminan untuk makan setiap hari.

Patut juga diketahui oleh Bendera dan lain-lain kumpulan pelampau di sana bahawa setiap tahun rakyat mereka yang bekerja di sini menghantar RM24 bilion ke Indonesia. Kiralah kalau ditukar dengan Rupiah, berapa kapal boleh muat!

Perangkaan juga menunjukkan jumlah dagangan antara kedua negara jiran itu tahun lalu sahaja mencecah RM34.2 bilion, dan jumlah pelaburan Malaysia di sana sejak 2005 ialah RM3.6 bilion.

Baik Bendera atau lain-lain pejuang jalanan di Jakarta fahamilah angka dan fakta ini. Jadi, jangan mudah menyuruh rakyat Indonesia di sini pulang, dan jangan mudah mendesak hubungan diplomatik diputuskan.

sumber : sinar harian

KEDUA-DUA NEGERA BERINTIKAN AGAMA ISLAM..APA DAH JADI NIE???

1 comment:

SE UNIK NAMA KU said...

rasanye x kot...sbb diaorg ni jrg ambik tahu psl benda2 ni...kalo diaorg tahu n phm..diaorg x der lah tunjuk perasaan..yelah..informasi maklumat kat tv diaorg pn sll slh fakta ttg kite....

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.