Wednesday, September 1, 2010
ROSLIN JAGUH BADMINTON NEGARA - Cerai Lagi (malu-malu)
KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim, 34, ternyata redha dengan ketentuan Allah selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz yang dibuat pada 7 Ogos lalu adalah sah terhadap isterinya, Norhayati Othman, 38.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan keterangan Norhayati, Roslin dan beberapa saksi yang wujud lafaz cerai itu pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Carus, Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.32 malam.
Wan Mahyuddin dalam penghakimannya berkata lafaz yang diungkap oleh Roslin yang berbunyi “I cerai you lah” pada tarikh itu adalah lafaz soreh (jelas) terhadap Norhayati.
“Ini kerana defendan mengakui ketika lafaz itu dibuat dia berada dalam keadaan waras dan sedar dan tiada sebarang paksaan dilakukan oleh plaintif (Norhayati).
“Oleh sebab itu, mahkamah memutuskan lafaz talak itu adalah sah dan gugurkan talak satu terhadap plaintif,” katanya.
Beliau kemudiannya memerintahkan agar penceraian mereka ini didaftarkan di pejabat agama Islam dan surat nikah asal dibatalkan.
Wan Mahyuddin, mengarahkan supaya Norhayati beridah selama tiga kali suci bermula 7 Ogos lalu.
Terdahulu peguam yang mewakili Norhayati, Zulqarnain Lukman dalam hujahnya berkata, pengesahan lafaz cerai yang difailkan Norhayati pada pertengahan Ogos lalu berikutan Roslin melafazkan cerai terhadapnya.
Zulqarnain berkata, dalam kes ini defendan mengakui yang dia mempunyai niat untuk bercerai pada ketika itu tanpa sebarang paksaan.
Bagaimanapun, Roslin yang diwakili peguam Roslizam Rahim, bersetuju dan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah memenuhi hukum talak itu dan berharap mahkamah meluluskan permohonan itu.
Roslin, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau sememangnya mengharapkan ikatan perkahwinan ini kekal untuk selama-lamanya, tetapi yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Roslin dan Norhayati melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai lalu.
Sumber : sinar harian
Label:
Pengetahuan Semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment