widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, September 1, 2010

JALAN MAUT


KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengenal pasti 13 jalan utama yang menjadi kawasan kemalangan maut dalam menjalankan Ops Sikap Ke-XXII bermula 4 hingga 19 September ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Ghani Che Kassim, berkata, antara kawasan yang berisiko kemalangan maut termasuk sepanjang jalan Kuala Krai-Gua Musang dan JPJ akan menempatkan 150 anggota penguat kuasa bertugas 24 jam dalam mengawal dan meronda kawasan berkenaan.

“Sempena sambutan Aidilfitri nanti, JPJ sudah melakukan persediaan bagi membuat rondaan terhadap ‘kawasan hitam’ ini dan penguatkuasaan dijalankan bagi mengingatkan pemandu jalan raya yang pulang berhari raya di kampung.

“Terdapat tujuh jalan yang dikenal pasti termasuk tujuh lokasi yang terletak di Gua Musang-Kuala Krai seperti di Kilometer (KM) 12, KM13, KM26, KM29, KM51, KM55, KM59, selain pihak kami mengenal pasti enam jalan lain di jalan Kuala Krai-Gua Musang iaitu KM64, KM69, KM69.3, KM72. KM75 dan KM80,” katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Ibu pejabat JPJ, Panji, di sini.

Beliau berkata, bagi melicinkan perjalanan dan peringatan kepada pemandu, langkah meletakkan pegawai penguat kuasa di jalan-jalan utama kawasan kemalangan maut juga sebagai alternatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut semasa perayaan tahun ini.

Menurutnya, JPJ Kelantan juga berjaya mengenal pasti sebanyak 21 kes kemalangan maut dilaporkan berlaku pada jalan berkenaan sepanjang tahun lalu dan berharap tahun ini jumlah kemalangan maut berkurangan.

“Sehingga Julai tahun ini, terdapat 15 kes kemalangan meragut nyawa dikenal pasti dan JPJ seboleh-bolehnya mahu pemandu lebih berhati-hati semasa memandu terutama semasa jalan raya sesak semasa pulang dan balik semula ke tempat kerja semasa musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kenderaan diingatkan supaya membuat persediaan lebih awal bukan sahaja memeriksa kenderaan sebelum perjalanan balik, malahan mereka perlu tahu peraturan dan paling penting mereka perlu berhenti apabila mengantuk semasa memandu bagi mengelak sebarang kecelakaan.

Sumber :Sinar Harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.