Saturday, September 4, 2010
JALAN KELANTAN SESAK
JELI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan lebih 600,000 kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negeri dan bakal menimbulkan kesesakan di jalan utama ketika sambutan Aidilfitri minggu depan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abd Ghani Che Kasim berkata, anggaran itu berdasarkan jumlah kenderaan yang didaftarkan serta jumlah kemasukan kenderaan luar di Kelantan.
“Kita menjangkakan penambahan 30 peratus hingga ke 40 peratus kenderaan dari luar dan ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di negeri ini terutama menjelang musim perayaan nanti,” katanya kepada media sempena bermulanya Kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri ‘Ops Sikap’.
Menurutnya, JPJ kini telah mengenal pasti 13 jalan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan maut dan pihaknya akan menumpukan kepada tiga jalan utama iaitu Kota Bharu-Machang, Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Jeli yang dikenali sebagai “jalan sakratulmaut”.
Abd Ghani berkata, bagi mencegah sebarang kemungkinan pihaknya akan melakukan rondaan 24 jam dengan menempatkan 150 anggota penguat kuasa untuk mengawal dan meronda kawasan berisiko tinggi terutamanya Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.
“Dengan adanya rondaan anggota :jpj: dapat memantau serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya apabila hadirnya mereka di jalan raya pemandu akan lebih berwaspada,” katanya.:
Katanya, penguatkuasaan tersebut akan dijalankan serentak dengan Ops Sikap XXII yang bermula semalam hingga 19 September Katanya, gerakan itu dijalankan serentak dengan Ops Sikap XXII yang bermula hari ini hingga 19 September.
Menurutnya, fokus: jpj: tahun ini lebih kepada penguatkuasaan terutamanya bas ekspres yang menjadi pengangkutan awam agar tahap keselamatan bas mencapai piawaian yang ditetapkan.
Sumber : Sinar Harian
Label:
Pengetahuan Semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment