widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, September 1, 2010

TAHNIAH TAN SRI ISMAIL OMAR KETUA POLIS NEGARA YANG BARU

TAHNIAH

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuat kuasa 13 September ini.

Katanya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi mengenai kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini, selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

“Jawatan KPN dan timbalannya merupakan Jawatan Khas mengikut Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Hishammuddin ketika mengumumkan perkara itu di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapatkan perkenan baginda dalam masa terdekat.

Menjawab soalan media, beliau berkata, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Musa bagi kali ketiga juga tidak ada kena-mengena dengan tekanan mana-mana pihak.

“Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin,” katanya.

Hishammuddin berkata, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM.

Katanya, kerajaan juga sedang melihat ruang untuk membolehkan Musa terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya kepada kerajaan dan negara selepas ini.

Beliau berkata, Musa adalah calon terbaik untuk mengetuai inisiatif penubuhan Akademi Latihan di Langkawi, International Shooting Range (Lisram), bagi menangani isu dan ancaman jenayah merentasi sempadan.

Hishammuddin berkata, pusat latihan bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi keselamatan itu bagi menangani jenayah siber, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penggubahan wang haram, anti-keganasan, senjata biologi dan bahan letupan. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.