Saturday, September 4, 2010
AKIBAT CINCIN
KOTA BHARU - Seorang remaja terpaksa menahan sakit jari beberapa jam apabila cincin yang dipakai gagal ditanggalkan hingga mengalami bengkak dan tercedera akibat terbabas daripada motosikal yang ditungganginya.
Abdul Muslim, 19, dari Kampung Dewan Beta berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang berseorangan tiba-tiba gagal dikawal dan menyebabkan dia tersungkur di bahu jalan.
“Kejadian itu menyebabkan tangan saya mengalami kecederaan dan selepas itu ia membengkak, akibatnya cincin yang dipakai gagal ditanggalkan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas menerima sumbangan hari raya dari Kerajaan Negeri, semalam.
Akibat dari kejadian tersebut, Abdul berkata tangan dan jarinya mengalami kesakitan lebih-lebih lagi di waktu malam yang mana pergelangan tangannya semakin membengkak.
Dalam pada itu, difahamkan, cincin yang dipakai oleh Abdul berjaya ditanggalkan dalam satu pembedahan ringkas yang diadakan petang semalam.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang warga Indonesia, Faizal Sanusi, 33, mengalami kecederaan belakang badan akibat terkena tikaman dipercayai berselisih faham dengan ketua tempat dia bekerja di sebuah kilang papan di Tanah Merah.
Ketika ditemui di hospital yang sama, Faizal berkata, dia tidak menjangkakan ketuanya bertindak sedemikian kerana hanya berlaku bertengkaran kecil sebelumnya.
“Mula-mula pertengkaran itu kecil saja, tetapi ia makin tidak dikawal dan campur tangan dari beberapa kawan, akhirnya dia (ketuanya) menerkam dengan menusuk pisau di belakang saya.
“Sejurus itu polis datang dan menyuraikan keadaan, bagaimanapun saya bersyukur keadaan saya masih selamat dan laporan polis terus dibuat selepas itu,” katanya yang sudah lima tahun berada di negara ini.
Sumber : Sinar Harian
Label:
Pengetahuan Semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment